Thursday, April 25, 2024
27.9 C
Brunei

    -

    China dilanda kepanasan melampau

    BEIJING, 25 JULAI – Beberapa buah bandar di seluruh China dalam amaran tahap merah susulan peningkatan gelombang haba, hari ini, ketika puluhan juta orang diberi amaran supaya jangan keluar rumah, ketika suhu memecah rekod menjejaskan bekalan tenaga.

    Sebahagian besar kawasan di planet ini dilanda gelombang haba melampau sejak beberapa bulan kebelakangan, dari Eropah Barat pada Julai lalu hingga India antara Mac hingga April lalu.

    Saintis berkata, cuaca melampau kini semakin kerap disebabkan perubahan iklim dan mungkin akan menyebabkan kehangatan ketara apabila suhu global terus meningkat.

    China juga tidak terkecuali daripada fenomena ini dan sedang mengharungi musim panas yang mencatatkan suhu tertinggi pernah direkodkan.

    Di wilayah timur Zhejiang dan Fujian, suhu meningkat melebihi 41 darjah Celsius hujung minggu lalu, mencecah paras tertinggi pernah direkodkan di dua bandar itu. – AFP

    Gambar dari atas menunjukkan penduduk China yang beriadah di taman air semasa cuaca panas di Lianyuangang, Jiangsu. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...