Saturday, October 12, 2024
29.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    China dilanda taufan Pakhar

    GUANGZHOU, 27 Ogos – Pakhar, taufan ke-14 pada tahun ini, mendarat pada kira-kira pukul 9 pagi hari ini di bandar Taishan, selatan Wilayah Guangdong China, membawa angin kencang sehingga 33 meter sesaat.

    Pakhar melanda wilayah sejurus selepas Taufan Hato, yang mendarat pada Rabu di Zhuhai, kira-kira 80km dari Taishan.

    Pusat kaji cuaca Zhuhai berkata bandar itu akan melihat hujan ribut dan angin kencang hari ini. Penutupan sementara syarikat tempatan, agensi kerajaan, sekolah dan tempat awam bermula semalam.

    Pusat Kaji Cuaca Nasional China (NMC) berkata Pakhar akan bergerak ke barat laut, memasuki Rantau Autonomi Guangxi Zhuang pada petang ini sementara kehilangan kekuatan.

    Agensi meramalkan wilayah Guangdong, Fujian dan Hainan serta Guangxi akan melihat hujan lebat mulai hari ini hingga petang esok.

    Seorang lelaki berjalan dalam keadaan angin kencang dan hujan di Shenzhen, Wilayah Guangdong Selatan China pada 27 Ogos, 2017. Pakhar, taufan ke-14 pada tahun ini, mendarat pada kira-kira pukul 9 pagi kelmarin di bandar Taishan, selatan Wilayah Guangdong China, membawa angin kencang sehingga 33 meter sesaat. – AFP

    Pihak berkuasa laut tempatan Hainan menggantung perkhidmatan kapal penumpang dan kereta api rentas laut yang berulang-alik di wilayah itu. Sejumlah 24,124 bot nelayan telahpun ditempatkan di pelabuhan.

    Ma Jianhua, pegawai dengan ibu pejabat kawalan banjir Sungai Yangtze, berkata Hato telah mencetuskan kenaikan paras air di Yangtze. Ibu pejabat itu telah menghantar kaki tangan ke Sichuan dan Yunnan untuk membantu kawalan banjir.

    Di Wilayah Yunnan, dua orang telah ditemui mati dalam bencana yang dicetuskan oleh Hato, membawa angka kematian di wilayah kepada lima.

    Enam orang hilang selepas rumah roboh dalam banjir yang berpunca daripada hujan lebat di daerah Yanjin pada Jumaat. Anggota menyelamat menemui dua mayat dalam runtuhan semalam dan hari ini. – Xinhua

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda