Tuesday, March 21, 2023
21.6 C
Brunei

-

China dorong pertumbuhan ekonomi serantau

BEIJING, 27 JAN – Kadar pertumbuhan ekonomi dunia dijangka mencapai 1.9 peratus pada tahun 2023, lebih rendah berbanding kira-kira tiga peratus pada 2022.

Pada masa sama, ekonomi China dijangka mendorong pertumbuhan ekonomi serantau, memetik laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai situasi dan prospek ekonomi dunia 2023 yang diedarkan pada Rabu.

Laporan itu meramalkan bahawa pertumbuhan ekonomi China akan menjadi lebih pesat dan kadar pertumbuhannya mencapai 4.8 peratus pada 2023.

Ini berikutan kerajaan China mengubah suai dasar pembendungan wabak di samping mengambil langkah menjana ekonomi yang dipercayai bakal merangsang penggunaan domestik.

Ketua Pusat Pemantauan Ekonomi Global PBB, Hamid Rashid berkata berbeza dengan negara membangun yang lain, China mengekalkan dasar kewangan dan monetari yang kuat dan ia akan memberikan sokongan kukuh kepada pertumbuhan ekonominya.

Menurut laporan itu, peningkatan ekonomi China akan memberi pengaruh besar kepada negara-negara di rantau Asia Timur dan pemulihan ekonomi China dijangka mampu menjana pertumbuhan ekonomi serantau.

Selain itu, laporan itu juga mengunjurkan bahawa ekonomi dunia akan terus menghadapi tekanan besar pada tahun 2023. – Bernama

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Paras oksigen kurang punca jutaan ikan mati

CANBERRA, AUSTRALIA, 19 MAC – Berjuta-juta ikan telah mati dihanyutkan di tenggara Australia dalam kematian yang menurut pihak berkuasa dan saintis berpunca daripada paras...
- Advertisment -