China eksport buah-buahan segar ke Singapura melalui pengangkutan darat-laut

CHONGQING, 29 MAC – Kereta api yang dimuatkan dengan kontena-kontena sejuk beku berisi buah-buahan sitrus telah berlepas dari barat daya Perbandaran Chongqing China hari ini menuju ke Singapura.

Kargo seberat 25 tan membawa buah-buahan sitrus dari Daerah Zhongxian, Chongqing, akan tiba di Singapura dalam masa 13 hari melalui Koridor Pengangkutan Selatan China-Singapura, laluan logistik dan perdagangan menghubungkan barat rantau-rantau wilayah China bersama Singapura.

Ia merupakan kejayaan besar eksport buah-buahan sitrus segar dari Chongqing ke Singapura.

Laluan darat-laut telah mengurangkan prosedur perubahan kontena dan memendekkan tempoh pengangkutan dua minggu dengan tanpa menghantar barangan dari Chongqing ke timur China bagi penghantaran kapal luar pesisir.

“Ini adalah mercu tanda penting bagi produk pertanian berkualiti tinggi di Chongqing dan wilayah barat China serta rantau-rantau untuk mencapai pasaran di negara-negara ASEAN menerusi kesalinghubungan logistik,” kata pengarah pentadbiran projek Chongqing China-Singapura, Han Baochang. – Xinhua