Thursday, April 25, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    China, Filipina ikrar urus pertikaian maritim ‘secara mesra’

    BEIJING, 4 JAN – Beijing dan Manila hari ini berikrar untuk menyelesaikan perselisihan faham maritim melalui konsultasi, semasa lawatan Presiden Filipina, Ferdinand Marcos ke ibu negara China di tengah-tengah ketegangan yang memuncak berhubung isu Laut China Selatan yang menjadi perbalahan hangat.

    Marcos dan rakan sejawatannya dari China, Xi Jinping menggesa ‘konsultasi mesra untuk menyelesaikan isu maritim dengan sewajarnya’, pada pertemuan hari ini, menurut penyiar CCTV milik kerajaan China.

    China dan Filipina bertelagah mengenai Laut China Selatan, dengan Beijing menuntut kedaulatan ke atas hampir keseluruhan kawasan tersebut walaupun mahkamah antarabangsa memutuskan tuntutannya tidak mempunyai asas undang-undang.

    Filipina, Vietnam, Malaysia dan Brunei mempunyai tuntutan bertindih ke atas sebahagian laut, dan Manila mengarahkan tenteranya bulan lalu untuk meningkatkan kehadirannya di perairan yang dipertikaikan selepas laporan mengenai China mula menuntut semula beberapa kawasan tanah yang tidak diduduki di sekitar Kepulauan Spratly.

    Marcos menegaskan beliau tidak akan membiarkan China menginjak-injak hak maritim Filipina di kawasan itu, dan berkata sebelum tiba di Beijing, dia berharap dapat menangani ‘isu keselamatan politik yang bersifat dua hala dan serantau’. Xi hari ini memberitahu Marcos bahawa China ingin ‘menyumbang lebih banyak tenaga positif kepada keamanan dan kestabilan serantau’ dan ‘menggalakkan kerjasama dalam pembangunan minyak dan gas di kawasan yang tidak dipertikaikan’, menurut CCTV. – AFP

    Presiden Filipina (dua kiri) semasa bertemu Pengerusi NPC, Li Zhanshu di Beijing pada 4 Januari. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...