Friday, April 19, 2024
24 C
Brunei

    -

    China gagal komitmen beli udang kara Maine

    PORTLAND, MAINE, 20 FEB – China gagal menunaikan janjinya untuk membeli lebih banyak udang kara Maine di bawah perjanjian yang membuka pintu untuk meredakan perang perniagaan dilancarkan bekas Presiden AS Donald Trump, kata pemimpin kongres Maine.

    Industri udang kara Maine terjejas oleh tarif China pada 2018 dan gagal mencatat keuntungan eksport selepas China berjanji membeli barangan AS bernilai lebih AS$200 bilion, kata wakil.

    Di bawah ‘Perjanjian Fasa Satu,’ China sepatutnya menambah pembelian melebihi jumlah 2017 tetapi China telah membeli ‘udang kara kurang daripada jumlah 2017,’ menurut surat oleh Senator Maine Angus King, Wakil Chellie Pingree dan Jared Golden, ahli Demokrat.

    Mereka menggesa Wakil Perniagaan AS Katherine Tai supaya ‘mendesak China bertanggungjawab atas komitmen pembelian mereka.’ Senator Republikan Susan Collins dari Maine sebelumnya menghantar surat menyuarakan kebimbangan yang sama dan menggesa supaya tindakan segera dan wajar diambil. – AP

    Gambar fail menunjukkan Eric Pray melepaskan udang kara di dermaga di Portland, Maine. Pemimpin kongrea Maine berkata China gagal menunaikan janjinya untuk membeli lebih banyak udang kara Maine di bawah perjanjian yang meredakan perang perniagaan di bawah Donald Trump. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...