China gantung penerbangan UK

BEIJING, 24 DIS – China hari ini menggantung penerbangan pergi balik dari Britain selepas ia melaporkan satu kes baharu strain lebih bahaya koronavirus.

China sebahagian besarnya sudah pun mengekang penularan COVID-19 di sempadannya, namun pihak berkuasa kekal berwaspada terhadap ancaman kes virus import.

“Memandangkan sifat mutasi virus luar biasa itu dan potensi impaknya…China sudah menggantung penerbangan China dan UK selepas penilaian penuh,” kata jurucakap kementerian luar, Wang Wenbin dalam satu sidang media harian. – AFP