China gantung perjanjian ekstradisi

BEIJING, 3 OGOS – China hari ini menggantung perjanjian ekstradisi Hong Kong dengan New Zealand ketika negara Barat memprotes undang-undang keselamatan baharu yang ketat dikenakan republik itu terhadap wilayah terbabit.

New Zealand adalah negara terbaharu menyertai rangkaian Barat, termasuk Kanada, Britain, Australia dan Jerman, yang menggantung perjanjian ekstradisi dengan Hong Kong sejak undang-undang kontroversi itu diperkenalkan, pada akhir Jun. – AFP