China gantung perkhidmatan perkongsian kereta

SHANGHAI, 11 Sept – China telah mengarahkan penggantungan perkhidmatan perkongsian kereta yang ditawarkan oleh sebuah firma sehingga langkah keselamatan ketat dilaksanakan.

Kerajaan China turut berusaha untuk mengurangkan ketakutan orang awam selepas dua pengguna dari sektor perkhidmatan terkemuka milik Didi Chuxing, Hitch telah dibunuh.

Kerajaan setempat di seluruh negara diarahkan untuk mengkaji semula latar belakang dan kelayakan semua pemandu yang mendaftar bersama perkongsian kereta menurut laman sesawang dan perkhidmatan perkongsian kereta swasta yang lain.

Para pemandu dan kereta yang dianggap tidak layak akan dikeluarkan dari perkhidmatan seperti itu pada akhir tahun ini, kata arahan bersama yang dikeluarkan lewat semalam oleh kementerian pengangkutan dan keselamatan awam.

Mereka juga diperlukan untuk menubuhkan pengurusan keselamatan dalam tempoh 24 jam dan pasukan tindak balas kecemasan, dan perlu mengemaskinikan maklumat mengenai pemandu dan penumpang kepada polis.

Ia tidak menyatakan berapa lama penggantungan itu akan dilakukan.

Perkhidmatan perkongsian kereta seperti Hitch meletakkan dua orang penumpang yang bergerak ke arah yang sama jadi mereka boleh berkongsi kos perjalanan.

Hitch berbeza dari perkhidmatan utama Didi Chuxing, yang tidak terjejas dengan arahan penggantungan kerajaan.

Didi Chuxing, digunakan oleh ratusan juta orang di China, mendapat kritikan pedas bulan lalu selepas seorang penumpang wanita, 20, diperkosa dan dibunuh oleh pemandu Hitch di timur bandar Wenzhou.

Didi Chuxing menghadapi permintaan boikot selepas syarikat itu tidak bertindak terhadap aduan mengenai pemandu sehari sebelum pembunuhan.

Episod itu meningkatkan lagi tekanan besar ke atas pengawalan perkhidmatan perkongsian kereta, yang secara umumnya berdepan keperluan yang kurang ketat dan kealpaan berbanding yang biasa.

Didi Chuxing sudah menjadi perhatian selepas polis pada Mei lalu berkata bahawa pemandu Hitch membunuh seorang atendan penerbangan wanita berusia 21 tahun yang ditumpangkannya. – AFP