Tuesday, April 23, 2024
25.2 C
Brunei

    -

    China gesa AS lindungi stesen angkasa lepas

    BEIJING, 29 DIS – China menggesa Amerika Syarikat (AS) supaya melindungi stesen angkasa China dan tiga anggota krunya selepas Beijing mengadu satelit yang dilancarkan oleh SpaceX milik Elon Musk hampir-hampir terlanggar stesen.

    Jurucakap kementerian luar menuduh Washington semalam sebagai tidak menghirau perjanjian untuk melindungi keselamatan tiga anggota kru stesen Tiangong berikutan insiden pada 1 Julai dan 21 Oktober.

    Stesen Tiangong menjalankan ‘tindakan mengelak’ untuk ‘mengelak perlanggaran yang mungkin berlaku’ dengan satelit Starlink dilancarkan oleh Space Exploration Technologies Corp., kata kerajaan dalam aduan pada 6 Disember kepada Jawatankuasa Kegunaan Aman Angkasa Luar PBB. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...