China guna kuasa veto pemilihan HK

BEIJING, 5 MAC – China hari ini menggunakan kuasa veto ke atas pemilihan penggubal undang-undang Hong Kong, sebagai sebahagian daripada kempen untuk menghapuskan perbezaan pendapat dan memastikan pemerintahan ‘patriotik’ di bandar itu susulan demonstrasi besar-besaran pada 2019.

Perundangan itu membenarkan pemimpin komunis China untuk memeriksa semua calon pilihan raya di Hong Kong pada majlis pembukaan Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) ke-13 di Beijing.

Ia berlaku selepas puluhan pejuang demokrasi di pusat kewangan itu termasuk bekas penggubal undang-undang dipenjarakan di bawah undang-undang keselamatan yang disahkan ketika sesi parlimen tahun lalu.

Undang-undang baharu itu merangkumi ‘sistem semakan kelayakan’ yang akan mendorong ‘penyertaan politik teratur’, kata jurucakap parlimen, Wang Chen, kepada wartawan.

China komited memberikan autonomi kepada Hong Kong ketika beralih dari pemerintahan kolonial Inggeris pada 1997.

Bagaimanapun, ia mula segera menghapuskan tunjang demokrasi hab kewangan itu sebagai tindak balas kepada demonstrasi besar-besaran yang kadang-kala ganas, yang melumpuhkan bandar raya itu sepanjang 2019. – AFP

Sesi ke-13 MPC di Beijing menyaksikan pemimpin parti Komunis, Xi Jinping pada pembukaan sesi parlimen itu. – Xinhua