China guna teknologi tinggi kesan COVID-19

WENZHOU, 4 MAC – Kerajaan China kini mengamalkan pelbagai dasar bagi mengekang penularan COVID-19, termasuk pemeriksaan suhu berterusan, amalan ‘tiada topeng, tiada perkhidmatan’ dan kaedah pengesanan berteraskan teknologi tinggi terhadap seluruh rakyatnya.

Peringatan mengenai virus itu di-terapkan sebaik saja seseorang meninggalkan rumah, malah wujud dasar perkhidmatan kalangan pemandu teksi yang enggan mengambil penum-pang sekiranya mereka tidak memakai topeng.

Segelintir pemandu teksi pula mengambil pendekatan lebih berhati-hati apabila mengambil keputusan untuk memasang penghadang plastik yang direntangkan dari sisi dalam kereta, bagi memisahkan ruang antara tempat duduk belakang dan pemandu.

Sementara itu, tempahan tiket untuk kereta api berkelajuan tinggi turut habis memandangkan hanya sebahagian kecil tiket disediakan untuk menghalang pelancong duduk terlalu rapat.

“Kami meminta maaf atas kekeliruan itu, tetapi sistem kereta api berkelajuan tinggi di China menyokong kempen kebersihan patriotik. Kami harap ia memberi keselesaan kepada anda,” kata pembantu kereta api.

Syarikat seperti Alibaba dan Tencent turut melancarkan aplikasi telefon mudah alih digital bagi mengesan pergerakan pelancong yang mana mereka akan dinilai sama ada hijau, kuning atau merah berdasarkan tempat yang pernah dituju dan kod itu wajib ditunjukkan jika ingin ke perkhidmatan awam.

Sementara itu, mereka yang mendaftar ke hotel turut melalui pemeriksaan kesihatan oleh kakitangan yang memakai topeng untuk memeriksa suhu dan me-rekodkannya sekerap mungkin.– AFP