China hantar pakar perubatan ke Filipina

FUZHOU, CHINA, 5 APRIL – Sebuah pasukan pakar perubatan dari China berlepas ke Filipina untuk membantu negara ini memerangi wabak COVID-10, lapor agensi berita Xinhua.

Terdiri 12 orang pakar dari tiga hospital serta pusat kawalan dan pencegahan penyakit (CDC) Fujian, pasukan itu berlepas dari Fuzhou hari ini.

Mereka terdiri pakar dalam pelbagai bidang, termasuk sistem pernafasan, unit rawatan rapi, penyakit berjangkit, kejururawatan, integrasi perubatan tradisional China dan Barat serta ujian mikrobiologi. – Bernama