China haram semua transaksi kripto

BEIJING, 24 SEPT – Bank pusat China berkata hari ini semua transaksi kewangan yang membabitkan mata wang kripto adalah salah di sisi undang-undang, memberikan tamparan hebat kepada mata wang digital di China selepas tindakan keras ke atas perniagaan itu.

Nilai global mata wang kripto termasuk Bitcoin telah turun naik sejak setahun lalu disebabkan peraturan China, yang berusaha menghalang spekulasi dan penggubahan wang.

“Aktiviti perniagaan ber-kaitan mata wang maya adalah aktiviti kewangan yang tidak sah,” kata Bank Rakyat China (PBOC) dalam kenyataan dalam talian hari ini, menambah pesalah akan ‘disiasat atas liabiliti jenayah berdasarkan undang-undang.’

Pemberitahuan itu mengharamkan semua aktiviti kewangan berkaitan yang melibatkan mata wang kripto, seperti perniagaan kripto, menjual token, transaksi membabitkan terbitan mata wang maya dan ‘pengumpulan dana tidak sah’.

Bank pusat berkata dalam beberapa tahun ini ‘perniagaan dan spekulasi Bitcoin dan mata wang maya lain telah menjadi berleluasa, mengganggu perintah ekonomi dan kewangan, mencetuskan penggubahan wang, pengumpulan dana haram, skim piramid serta aktiviti jenayah lain.” – AFP

Seorang penduduk tempatan bekerja sambilan di pusat mata wang kripto di Dujiangyan di wilayah barat daya China Sichuan. Bank pusat China memutuskan semua transaksi kewangan melibatkan mata wang kripto adalah tidak sah. – AFP