China harap meterai perjanjian perniagaan AS

BEIJING, 9 DIS – Seorang pegawai Cina berkata Beijing mahu mencari penyelesaian segera dalam perang perniagaannya dengan Washington.

Timbalan menteri perdagangan berkata hari ini bahawa Beijing mahu ‘keputusan yang memuaskan secepat mungkin.’ Pegawai tersebut tidak memberikan butir tentang rundingan mengenai perjanjian ‘Fasa 1’ yang diumumkan oleh Presiden Donald Trump pada Oktober lalu.

Satu lagi kenaikan tarif AS ke atas import China bernilai lebih AS$160 bilion dijangka berkuatkuasa pada Ahad. China mengumumkan pada Jumaat mereka akan menunaikan janji untuk membatalkan tarif ke atas kacang soya dan daging khinzir Amerika.

Trump mencetuskan kebimbangan pasaran kewangan global minggu lalu apabila berkata beliau mungkin menunggu sehingga pilihan raya presiden tahun depan untuk mencapai penyelesaian. Mengatakan akan menundakan penyelesaian hingga pemilihan raya pada tahun hadapan. – AP

Ibu bapa bersama anak mereka membeli-belah di kedai barang mainan AS. – AP