Thursday, June 1, 2023
34.6 C
Brunei

    -

    China harap rundingan damai Palestin-Israel disambung semula

    BEIJING, 23 MAC – Masyarakat antarabangsa harus meningkatkan kesungguhan untuk mendorong penyambungan semula rundingan damai antara Palestin dan Israel secepat mungkin, kata Timbalan Wakil Tetap China ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Geng Shuang pada sesi terbuka Majlis Keselamatan kelmarin.

    Menurut beliau, China memandang berat situasi keselamatan di Tebing Barat yang kian meruncing dan konflik kekerasan yang semakin parah ketika ini.

    “China mengecam semua tindakan kekerasan terhadap rakyat jelata dan menyeru pihak-pihak berkaitan agar mengelakkan daripada mengambil tindakan provokasi dan hasutan yang boleh mengeruhkan lagi ketegangan,” kata Geng.

    Tambah beliau, Israel wajib mematuhi undang-undang antarabangsa mengenai melindungi keselamatan rakyat di wilayah yang diduduki, memastikan pasukan keselamatan tidak menggunakan kekerasan terhadap penduduk penempatan selain menyiasat secara menyeluruh insiden berkaitan keganasan dan mengenakan tindakan terhadap individu yang terbabit.

    Pada masa sama, Geng turut menegaskan bahawa keprihatinan keselamatan Israel yang munasabah juga perlu dipandang serius.

    “Palestin dan Israel adalah negara jiran yang tidak boleh dipisahkan, oleh itu, kedua-dua pihak perlu dan hanya boleh memecahkan kitaran keganasan melalui dialog dan kerjasama untuk mencapai keselamatan bersama,” katanya. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Jentera pelancar udara Korea U jatuh ke Laut Kuning

    SEOUL, 31 MEI – Korea Utara menembak apa yang didakwanya sebagai ‘jentera pelancar angkasa lepas’ ke arah selatan hari ini, namun jatuh ke Laut...
    - Advertisment -