Saturday, June 10, 2023
22.6 C
Brunei

    -

    China hukum 30 pegawai gagal tangani pandemik

    BEIJING, 9 OGOS – Lebih daripada 30 orang pegawai China telah dipecat atau menerima hukuman lain kerana kegagalan mereka bertindak balas dengan baik atas peningkatan koronavirus terbaharu di negara itu.

    Antara yang dipecat ialah naib datuk bandar, ketua daerah dan pesuruhjaya kesihatan serta kakitangan dalam pengurusan hospital, lapangan terbang dan jabatan pelancongan. Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan China hari ini mengumumkan 94 lagi kes baharu jangkitan tempatan yang direkodkan dalam 24 jam lalu. Wabak terbaharu itu dikaitkan dengan lapangan terbang di bandar timur Nanjing.

    Varian Delta merebak dalam kalangan pekerja lapangan terbang dan sejak itu, ke wilayah tropika Hainan di selatan sehingga ke Inner Mongolia di utara. – AP

    Pekerja dari China Star Optoelectronics Technology (CSOT) berbaris untuk ujian koronavirus di sebuah gim semasa pusingan pertama ujian COVID-19 di Wuhan, wilayah tengah, Hubei China baru-baru ini. Lebih 30 pegawai dipecat atau dihukum atas tuduhan gagal bertindak dengan baik yang membawa kepada peningkatan koronavirus di negara itu. – AP
    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Lelaki hilang pekerjaan, rehat lama dalam tandas

    CHINA, 9 JUN - Seorang lelaki China dipecat oleh majikannya kerana terlalu banyak menghabiskan masa di dalam tandas pada waktu bekerja antara 47 minit...
    - Advertisment -