China ikrar kekang COVID-19 melalui barangan import

BEIJING, 27 NOV – China akan mempertingkatkan usaha mencegah penularan COVID-19 melalui barangan import sejuk beku di tengah-tengah laporan baru-baru ini bahawa pembungkusan sejuk beku dan persekitarannya diuji positif koronavirus, menurut seorang pegawai hari ini.

Kementerian Pengangkutan (MOT) mengeluarkan garis panduan mencegah penularan COVID-19 melalui barangan import sejuk beku semasa pengangkutan melalui jalan raya dan air, menggariskan antaranya latihan kakitangan dan perlindungan dan juga disinfeksi kenderaan, menurut jurucakap MOT, Sun Wenjian pada sidang media hari ini.

Peserta dalam syarikat logistik rangkaian barangan sejuk beku terdedah kepada risiko jangkitan akan dilatih secara profesional menggunakan sut perlindungan diri, manakala pekerja limbungan kapal diarahkan untuk memakai penutup mulut dan hidung serta mengelak kontak dengan produk sejuk beku yang mungkin dicemari virus, kata Sun.

Semenjak pertengahan November, sampel pembungkusan barangan import diuji positif virus dilaporkan berlaku di wilayah Shandong, Shanxi dan Shaanxi. – Xinhua