China, India setuju kurangkan ketegangan

BEIJING, 23 JUN – China dan India bersetuju mencapai kesepakatan untuk mengurangkan ketegangan selepas bertemu untuk pertama kalinya sejak pertempuran di Himalaya yang menyebabkan sekurang-kurangnya 20 tentera maut.

Kedua-dua negara mengesahkan bahawa mereka telah bertemu pada hari sebelumnya.

Jurucakap kementerian luar negeri China, Zhao Lijian mengatakan, “kedua-dua pihak mengadakan pertukaran pandangan secara terus terang dan mendalam mengenai isu-isu penting dalam kawalan perbatasan ketika ini dan bersetuju untuk mengambil langkah-langkah yang diperlukan untuk menenangkan keadaan.” – AP