Saturday, April 20, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    China, Indonesia ikrar mantap lagi kerjasama

    BALI, 17 NOV – China bersedia untuk terus memperdalam penyelarasan antara Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) dengan gagasan Fulkrum Maritim Global Indonesia dan berusaha memastikan projek kereta api berkelajuan tinggi (HSR) Jakarta-Bandung siap secepat mungkin.

    Demikian kata Presiden China, Xi Jinping dalam rundingan dengan rakan sejawatannya dari Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) di sini, kelmarin.

    Beliau menyarankan kedua-dua pihak terus mempergiat pembangunan ‘koridor ekonomi komprehensif serantau’ dan ‘dua negara, dua taman’ bagi meningkatkan kerjasama dua hala ke tahap lebih tinggi.

    Xi berkata China mengalu-alukan pengimportan lebih banyak produk unggul dari Indonesia di samping menggalakkan syarikat domestik yang berprestij menyertai projek pembangunan infrastruktur utama di negara itu.

    “Sebagai wakil negara membangun besar dan negara pasaran baru muncul, China dan Indonesia perlu mempertahankan multilateralisme jitu, menumpukan kepada pembasmian kemiskinan, keselamatan makanan dan pembiayaan pembangunan dan membina projek ikonik berorientasikan Inisiatif Pembangunan Global.

    “Ia adalah untuk menyumbang kepada pembangunan sejagat yang lebih kuat, mesra alam dan sihat, serta mendorong tadbir urus global ke arah lebih adil dan munasabah,” kata beliau.

    Jokowi dalam ucapannya pula menzahirkan komitmen untuk bersinergi dengan China bagi memastikan HSR Jakarta-Bandung beroperasi pada tahun depan seperti yang dijadualkan.

    Beliau juga berpuas hati dan menghargai kerjasama kedua-dua pihak dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta pengeluaran vaksin COVID-19. – Bernama

    Gambar bertarikh 16 November menunjukkan pemeriksaan kereta api Jakarta-Bandung. – Xinhua
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...