China ingin kawal peningkatan harga arang batu

BEIJING, 20 OKT – Perancang ekonomi China berkata mereka mempertimbangkan untuk campur tangan bagi mengurangkan harga arang batu yang meningkat, ketika Beijing risau mengenai harga yang melonjak telah memberikan tekanan ke atas keselamatan tenaga dan perkembangan negara itu, sementara memberikan ancaman terhadap ekonomi global.

Negara ekonomi kedua terbesar itu berkembang lebih perlahan daripada jangkaan pada suku ketiga ketika krisis tenaga mula berlaku, menurut data rasmi yang ditunjukkan hari ini, dengan kekurangan bekalan elektrik dan pengurangan pengeluaran menyebabkan beban terhadap hasil industri.

Krisis berlaku ketika harga komoditi global semakin meningkat disebabkan peningkatan dalam permintaan ketika dunia kembali dibuka semula daripada perintah berkurung COVID-19, masalah terus meningkat ekoran sasaran kerajaan untuk mengurangkan pencemaran dan penurunan drastik terhadap barangan import dari Australia disebabkan kebuntuan politik.
Hari ini, Pembangunan Kebangsaan dan Suruhanjaya Reformasi (NDRC) berkata mereka sudah mengkaji langkah untuk menetapkan harga siling bagi arang batu, yang telah mencatatkan harga rekod tertinggi.

Dalam kenyataan yang diterbitkan selepas pertemuan dengan pemimpin industri, NDRC memaklumkan kos ‘telah meningkat secara mendadak, melepasi rekod tertinggi berturut-turut, akibat didesak kos pengeluaran dan memberi kesan terhadap bekalan tenaga’.

Mereka memberi amaran akan mengambil langkah ‘tidak akan bertolak ansur’ dan ‘membanteras’ aktiviti seperti penyebaran maklumat palsu atau membuat pakatan harga, bagi mengawal undang-undang pasaran. – AFP