BEIJING, 23 DIS – Pentadbiran Warisan Budaya Negara China (SACH) memaklumkan negara itu akan mengutamakan usaha pengumpulan salinan digital barangan warisan budaya Dunhuang yang hilang di luar negara untuk tahun 2021.
Pengarahnya, Liu Yuzhu pada Mesyuarat Pengarah Warisan Budaya China di sini, Selasa berkata tahun ini China mencapai kemajuan penting dalam usaha pencarian dan pengembalian barangan warisan budaya yang hilang di luar negara menerusi pemerkasaan kerjasama antarabangsa.
Untuk rekod, China telah menjalankan kerjasama antarabangsa dalam bidang membaik pulih bahan artifak dan melancarkan program pertukaran muzium sehingga berjaya mengembalikan beberapa barangan warisan berharga termasuk patung kepala kuda yang dirampas dari Yuanmingyuan Park. – Bernama






























