Thursday, February 20, 2025
22.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    China: Interpol isu notis tangkapan ke atas Guo Wengui

    BEIJING, 19 April – Kementerian Luar Negeri China berkata hari ini yang Interpol telah mengeluarkan ‘notis merah’ bagi mendapatkan

    penangkapan ke atas Guo Wengui, seorang jutawan China yang telah mengancam untuk mendedahkan rasuah peringkat tinggi dalam pemerintahan Parti Komunis.

    Jurucakap Kementerian Luar Negeri, Lu Kang tidak memberi butiran tentang jenayah Guo apabila mengumumkan notis Interpol itu.

    Taikun hartanah itu hilang daripada khalayak ramai pada 2014 namun muncul kembali beberapa bulan kebelakangan, mendakwa dalam dua temu bual bersama media luar negara China dan catatan-catatan dalam Twitter yang telah menyimpan maklumat sulit elit-elit parti.

    Kesnya telah dipantau dekat oleh pemerhati politik China, yang berkata kebocorannya itu mungkin berpotensi merosakkan puak-puak dalaman yang berebut-rebut kuasa dalam masa beberapa bulan menjelang Parti Kongres ke-19, apabila generasi pemimpin parti baru akan dipilih.

    Guo, yang dipercayai berada di London, telah dikaitkan dengan Ma Jian, bekas ketua timbalan perkhidmatan perisikan China yang didakwa dengan rasuah pada Februari.

    Dalam mesej ringkas kepada agensi berita AP hari ini, Guo menyangkal notis Interpol sebagai ancaman kosong daripada kepimpinan China. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda