Saturday, April 20, 2024
30.2 C
Brunei

    -

    China janji bantu perniagaan terkesan di Shanghai

    BEIJING, 30 MAC – Tatkala jutaan penduduk di Shanghai berbaris untuk menjalani ujian koronavirus, pihak berkuasa berjanji akan membayar balik cukai kepada pemilik kedai di metropolis yang ditutup dan mengekalkan operasi pelabuhan paling sibuk di dunia bertujuan mengehadkan gangguan kepada industri dan perniagaan.

    Penutupan kebanyakan aktiviti pada minggu ini di bandar paling ramai populasi di China untuk membendung wabak virus menjejas pasaran kewangan global yang telah pun bimbang mengenai perang Rusia ke atas Ukraine, kadar faedah Amerika Syarikat (AS) yang lebih tinggi dan kemelesetan ekonomi China.

    Hari ini, kerajaan melaporkan 8,825 jangkitan baharu di seluruh negara, termasuk 7,196 dalam penduduk tanpa gejala. Ia termasuk 5,987 kes di Shanghai, dan hanya 329 yang mempunyai gejala.

    Jumlah kes China dalam peningkatan jangkitan terbaharu adalah rendah berbanding dengan negara lain. Namun parti pemerintah Komunis sedang melaksanakan strategi ‘sifar toleransi’ bertujuan mengasingkan setiap individu yang dijangkiti.

    Kira-kira 9.1 juta daripada 26 juta penduduk Shanghai telah menjalani ujian virus hari ini, menurut pegawai kesihatan. Mereka berkata ‘disinfektan pencegahan’ akan dilaksanakan di perkarangan apartmen, bangunan pejabat dan gedung membeli-belah.

    Shanghai mencatat lebih daripada 20,000 kes pada Isnin dalam wabak terbaharunya, menurut media negeri. – AP

    Pemandangan udara menunjukkan kawasan Puxi yang akan dikenakan perintah berkurung bermula 1 April di Shanghai kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...