BEIJING, 15 MEI – China telah menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup kepada seorang warga Amerika Syarikat (AS) berusia 78 tahun kerana pengintipan, kata satu kenyataan mahkamah, hari ini.
John Shing-wan Leung, pemegang pasport Amerika dan penduduk tetap Hong Kong, “didapati bersalah kerana pengintipan, dijatuhi hukuman penjara seumur hidup, dilucutkan hak politik seumur hidup,” kata kenyataan Mahkamah Pertengahan Rakyat di timur bandar Suzhou.
Menurut kenyataan tersebut lagi, pihak berkuasa Suzhou mengambil langkah-langkah wajib mengikut undang-undang terhadap Leung yang berusia 78 tahun pada April 2021, tanpa menyatakan bila masa tepatnya dia ditahan. – AFP