Tuesday, December 3, 2024
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    China, Jepun adakan dialog politik peringkat tinggi

    BEIJING, 5 NOV – Diplomat tertinggi China, Wang Yi dan Takeo Akiba, Penasihat Khas kepada Kabinet Jepun dan juga Setiausaha Agung Sekretariat Keselamatan Nasional Jepun, mengadakan rundingan di bawah mekanisme dialog politik peringkat tinggi China-Jepun di Beijing kelmarin.

    Wang, yang juga Pengarah Pejabat Suruhanjaya Hal Ehwal Luar Jawankuasa Pusat Parti Komunis China (CPC) dan Ahli Biro Politik Jawatankuasa Pusat CPC berkata hubungan China-Jepun berada pada peringkat penting dalam usaha penambahbaikan. Beliau berkata kedua-dua pihak perlu menuruti kata sepakat yang dicapai pemimpin.

    Beliau menyeru komitmen dalam meningkatkan dan mengembangkan hubu-ngan dua hala, serta mewujudkan hubu-ngan China-Jepun yang membina dan stabil dan memenuhi keperluan era baharu.

    Beliau menggesa Jepun untuk mengambil tindakan konkrit bagi melaksanakan kesepakatan penting iaitu ‘menjadi rakan kerjasama antara satu sama lain dan bukannya ancaman’ serta mempromosikan pembangunan  hubungan dua hala yang stabil untuk jangka panjang.

    Kedua-dua pihak menegaskan akan mematuhi prinsip dan mencapai kata sepakat yang ditetapkan dalam empat dokumen politik antara China dan Jepun, serta komited untuk memajukan hubungan strategik yang saling menguntungkan secara menyeluruh.

    Mereka mencapai persetujuan untuk mengekalkan hubungan peringkat tinggi, dialog dan pertukaran dalam pelbagai bidang dan menghantar isyarat yang lebih positif kepada dunia luar.

    Kedua-dua pihak percaya China dan Jepun, sebagai dua jiran penting dengan pembangunan yang saling berkaitan serta ekonomi yang sangat saling melengkapi, tidak seharusnya dan tidak akan berpisah, akan mempromosikan kerjasama ekonomi dan perdagangan yang sihat serta rantaian pengeluaran dan bekalan yang stabil dan lancar.

    Wang menekankan China amat komited kepada jalan pembangunan aman, menerapkan dasar pertahanan negara yang bersifat mempertahankan diri, dan merupakan negara utama dengan rekod terbaik dalam keamanan dan keselamatan. China akan terus menegakkan keadilan dan keamanan untuk menghalang perang atau kekacauan di rantau ini. – Bernama

    Gambar fail menunjukkan Wang Yi semasa mengadakan pertemuan dengan Presiden Kazakh. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda