China, Jepun bincang isu serantau

TOKYO, 15 April – Menteri Luar China Wang Yi dijadualkan tiba di Tokyo hari ini bagi satu lawatan yang dilihat sebagai tanda pengenduran secara beransur-ansur antara pesaing di rantau Asia itu, di tengah-tengah keadaan diplomasi ke atas Korea Utara.

Sejurus ketibaannya, Wang akan mengadakan pertemuan bersama rakan sejawatnya dari Jepun Taro Kono, bagi perbincangan yang dijangka akan menyentuh mengenai perkara-perkara utama seperti hubungan ekonomi, pertikaian wilayah di Laut China Timur dan cara untuk mendesak Korea Utara menghentikan senjata nuklearnya, menurut para pegawai dari Jepun.

Kono pernah bertemu dengan Wang di China pada Januari ketika dia menjadi menteri luar Jepun, yang mengadakan lawatan ke negara itu dalam tempoh hampir dua tahun.

“Saya berharap kami akan dapat membincangkan mengenai apa yang Jepun dan China boleh lakukan bersama di arena antarabangsa, bukan sahaja mengenai isu-isi dua hala,” ujar Kono kepada para wartawan, kelmarin.

“Sudah setentunya, isu Korea Utara akan dibangkitkan pada pertemuan itu,” katanya.

Lawatan Wang, seorang veteran yang pernah berkhidmat sebagai duta ke Tokyo, muncul tatkala ekonomi kedua dan ketiga terbesar dunia itu cuba untuk mengurangkan ketegangan, akibat pertikaian yang berpanjangan ke atas tuntutan laut dan legasi zaman perang Jepun.

Lawatannya turut dilihat sebagai jalan bagi permintaan Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe untuk menghoskan Perdana Menteri China Li Keqiang pada bulan depan bagi acara kemuncak tiga hala bersama Presiden Korea Selatan Moon Jae-in.

Pertemuan seumpama itu, Tokyo berharap akan dapat membawa pertukaran lawatan negara antara Abe dan Presiden China Xi Jinping.

Tokyo turut berharap untuk mengembangkan pertukarannya bersama China untuk kekal relevan dalam meningkatkan usaha antarabangsa bagi melibatkan diri bersama pemimpin Korea Utara Kim Jong Un. – AFP