Wednesday, April 24, 2024
30.6 C
Brunei

    -

    China, Jepun ikrar kukuhkan hubungan

    BEIJING, 29 SEPT – China dan Jepun komited bersinergi ke arah membentuk hubungan bilateral yang sejajar dengan keperluan era baharu.

    Hasrat itu dizahirkan Presiden China, Xi Jinping dan Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida dalam perutusan tahniah sempena ulang tahun ke-50 pemulihan hubungan diplomatik China-Jepun hari ini.

    Xi berkata hubungan China-Jepun menyingkap lembaran baharu selepas pemimpin dua negara memutuskan untuk menormalkan jalinan diplomatik lima dekad lalu.

    Menurutnya, tempoh 50 tahun menyaksikan kedua-dua negara mencapai empat dokumen politik dan siri konsensus penting, sementara interaksi dan kolaborasi dalam pelbagai bidang terus diperkasa.

    “Ia telah membawa banyak manfaat kepada rakyat kedua-dua negara, di samping menggalakkan keamanan dan pembangunan serantau bahkan dunia,” katanya.

    Beliau turut mengulangi kesediaan untuk bersama Kishida mengambil peluang daripada sambutan ulang tahun berkenaan untuk memantapkan hubungan dua hala selaras peredaran zaman.

    Kishida berkata Jepun dan China melakar kemajuan besar dalam kolaborasi membabitkan bidang antaranya ekonomi, budaya dan sebagainya sejak 50 tahun lalu.

    Beliau menekankan pentingnya kedua-dua negara berganding bahu dalam mencorakkan masa depan baharu hubungan bilateral.

    “Jepun bersedia bekerjasama dengan China ke arah hubungan dua hala yang lebih konstruktif dan mantap, sekali gus mendorong keamanan dan kemakmuran kedua-dua negara, serantau dan dunia,” katanya. – Bernama

    Tetamu merakamkan ucapan pada majlis resepsi meraikan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Jepun dan China di Tokyo, 29 Sept. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...