China jual hampir 4 bilion topeng muka

BEIJING, 5 APRIL – China telah menjual hampir empat bilion topeng muka ke negara-negara luar sejak Mac, kata para pegawai hari ini, ketika mereka cuba untuk membendung kebimbangan berleluasa berhubung kualiti eksport barangan perubatan.

Meskipun kes warga Cina semakin berkurangan, Beijing telah merangsang kilang-kilang untuk meningkatkan penghasilan bekalan perubatan ketika pandemik itu mengorbankan lebih 60,000 di seluruh dunia dan sebahagian negara di dunia berdepan kekurangan peralatan perlindungan.

China telah mengeksport 3.86 bilion topeng muka, 37.5 helai pakaian perlindungan, 16,000 ventilator dan 2.84 juta kit ujian COVID-19 sejak 1 Mac, kata pegawai kastam, Jin Hai, dengan tempahan kepada lebih 50 buah negara.

Tambahnya lagi, eksport bekalan perubatan negara itu bernilai kira-kira 10.2 bilion yuan (AS$1.4 bilion).

Bagaimanapun pelbagai negara lain – termasuk Netherlands, Filipina, Croatia, Turki dan Sepanyol – telah mengadu tentang substandard atau kerosakan produk perubatan yang dihantar dari China.

Minggu lalu, kerajaan Belanda memulangkan 600,000 topeng daripada 1.3 juta yang dihantar menggunakan perkapalan China yang tidak memenuhi kualiti standard.

China berkata pengeluar ‘menyatakan dengan jelas bahawa (topeng-topeng) tersebut bukan untuk pembedahan.

Sepanyol juga menolak ribuan kit ujian pantas yang dihantar oleh syarikat China yang tidak mempunyai kebenaran selepas ia mendapati syarikat itu tidak boleh dipercayai minggu lalu.
Para pegawai China membalas balik hari ini pada laporan media berhubung bekalan perubatan rosak mengatakan ia ‘tidak mencerminkan fakta sebenar’.

“Dalam realitinya ada pelbagai faktor, seperti China mempunyai standard berlainan dan tabiat penggunaan berbeza dengan negara-negara lain. Malah penggunaan salah juga boleh membawa kepada keraguan berhubung kualiti,” kata Jiang Fan, seorang pegawai di Kementerian Perdagangan. – AFP

Kakitangan mengira topeng muka di Shanghai Yuanqin Purification Technology Co Ltd di Shanghai, timur China pada 26 Januari. – Xinhua