Thursday, October 5, 2023
23.8 C
Brunei

    -

    China kecam AS tinggalkan Afghanistan ‘dalam kucar-kacir’

    BEIJING, 17 OGOS – China hari ini menuduh Washington meninggalkan Afghanistan dalam ‘keadaan kucar-kacir dahsyat’ selepas Taliban merampas kuasa negara yang mengakibatkan pemindahan kelam-kabut kakitangan AS dan sekutunya.

    Beijing memberi isyarat bersedia bekerjasama dengan Taliban selepas pengunduran Amerika Syarikat yang membawa kepada kemaraan pantas oleh kumpulan Islam berhaluan keras itu ke seluruh negara dan menawan satu persatu wilayah sehingga Kabul pada Ahad.

    Berdepan kritikan ke atas pengunduran tentera tak teratur selepas 20 tahun mengetuai campur tangan tentera, Presiden Joe Biden kelmarin mempertahankan pengunduran dan menyalahkan pasukan keselamatan Afghan yang menurutnya ‘tidak bersedia untuk berjuang dengan sendirinya.’ Namun jurucakap kementerian luar China, Hua Chunying hari ini mengatakan Washington meninggalkan ‘huru-huru dalam bentuk kekacauan, perpecahan dan keluarga berantakan’ di Afghanistan.

    “Kekuatan dan peranan Amerika adalah memusnahkan, bukannya membina,” kata Hua dalam taklimat media biasa.

    Delegasi tertinggi Taliban bertemu dengan Menteri Luar China Wang Yi di Tianjin bulan lalu, berjanji Afghanistan tidak akan menjadi pangkalan militan. Sebagai pertukarannya, China menawarkan sokongan ekonomi dan pelaburan bagi pembinaan semula Afghanistan. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Kanada tegaskan perlu ‘kehadiran diplomatik kuat’ di India

    NEW DELHI, 4 OKT - Kanada kelmarin menegaskan keperluan untuk mempunyai kehadiran diplomatik yang kukuh di India selepas muncul laporan bahawa kerajaan India mahu...