Wednesday, December 4, 2024
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    China kekal pelabur terbesar M’sia dalam sektor pembuatan

    KUALA LUMPUR, 20 OKT – China kekal sebagai pelabur asing terbesar Malaysia dalam sektor pembuatan untuk empat tahun berturut-turut sejak 2016, dengan 32 pelaburan langsung asing (FDI) berjumlah AS$452.43 juta (AS$1=RM4.14) telah diluluskan dalam tempoh enam bulan pertama 2020.

    Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Lim Ban Hong berkata Malaysia telah meluluskan sebanyak 79 FDI bernilai AS$3.74 bilion dari China pada tahun lepas. Dari segi jumlah perdagangan, katanya perdagangan dua hala antara Malaysia dan China sebanyak AS$80.06 bilion dari Januari hingga Ogos 2020, manakala pada 2019, perdagangan dua hala mencecah AS$123.96 bilion.

    “Saya berharap golongan elit kor-porat dari kedua-dua negara akan terus bekerjasama dalam pelbagai sektor,” katanya dalam ucapan pada Persidangan Usahawan Malaysia-China (MCEC) 2020 yang diadakan secara maya di sini hari ini. Bertemakan ‘A DecadeofExcellence in Malaysia-ChinaCooperation’, MCEC ke-10 itu merupakan anjuran bersama Dewan Perniagaan Malaysia-China (MCCC) dan Jabatan Perdagangan Wilayah Fujian, dan dianjurkan bersama oleh China Construction Bank (M) Bhd dan China Construction Bank FujianBranch. Persidangan tahunan separuh hari itu menyasarkan untuk meningkatkan pertukaran ekonomi dan perdagangan. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda