China keluar amaran perjalanan ke Kanada

BEIJING, 6 JULAI – China hari ini mengeluarkan amaran perjalanan bagi Kanada dan mengatakan hubungan dua hala boleh terjejas lagi atas respons Ottawa terhadap undang-undang keselamatan kebangsaan di Hong Kong.

Kanada minggu lalu menggantung triti ekstradisi dengan Hong Kong dan memberhentikan eksport peralatan tentera kepada hab kewangan itu ketika negara-negara Barat menyuarakan kebimbangan mengenai impak undang-undang ke atas hak istimewa wilayah itu. –AFP