Wednesday, December 4, 2024
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    China keluarkan kertas putih lindungi biologi

    BEIJING, 8 OKT – Jabatan Penerangan Dewan Negara China, hari ini mengeluarkan kertas putih mengenai Pemeliharaan Kepelbagaian Biologi yang antara lain menggariskan prinsip  ‘pemeliharaan dalam pembangunan’ serta ‘pembangunan dalam pemeliharaan’.

    Kertas putih itu turut mengandungi mengenai pelaksanaan sistem taman kebangsaan dan garis merah perlindungan ekologi.

    Ia turut mengetengahkan usaha memperhebat pemeliharaan setempat dan konservasi ekologi, pemerkasaan kawalan keselamatan biologi dan menambah baik persekitaran ekologi. Turut disentuh dalam kertas putih itu berkaitan usaha menyelaraskan perlindungan terhadap kepelbagaian biologi dengan pembangunan hijau sehingga berjaya mencapai hasil signifikan dalam bidang berkenaan.

    China juga menyenaraikan perlindungan kepelbagaian biologi dalam strategi kebangsaan dan rancangan pembangunan daerah untuk jangka masa sederhana dan panjang, serta menyempurnakan sistem dasar dan peraturan. Mengenai cabaran global yang semakin kehilangan kepelbagaian biologi, China berpendirian pelbagai negara adalah komuniti berkongsi nasib. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda