Saturday, September 23, 2023
23.7 C
Brunei

    -

    China kemas kini kad pengenalan

    BEIJING, 15 SEPT – China akan mengeluarkan kad pengenalan pemastautin tetap versi baharu mulai 1 Disember, yang akan memudahkan pemegang kad mengendalikan urusan peribadi mereka secara dalam talian, menurut Pentadbiran Imigresen Negara (NIA), lapor Xinhua.

    Pemegang kad baharu itu akan dapat mengendalikan urusan peribadi, seperti perjalanan, perbelanjaan harian dan kewangan melalui platform dalam talian, menurut NIA dalam satu sidang media hari ini.

    Kad pengenalan dengan reka bentuk baharu itu akan menggunakan teknologi anti-pemalsuan yang lebih maju.

    Selepas 1 Disember, kad pemastautin sedia ada masih sah digunakan dalam tempoh ia berkuat kuasa, dan pemegang kad boleh memohon kad pengenalan versi baharu dalam masa terdekat. – Bernama

    Gambar Envato Elements
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Lebih 30,000 orang dibawa ke hospital akibat strok haba

    TOKYO, 22 SEPT – Jepun pada Ogos menyaksikan sejumlah 34,835 individu dibawa ke hospital di seluruh negara dengan gejala strok haba, ketika negara itu...