China kenakan perintah berkurung di bandar ketiga

BEIJING, 28 OKT – China melaksanakan perintah berkurung ke atas bandar ketiga hari ini bagi menangani peningkatan penularan COVID-19, dengan sekitar enam juta orang kini di bawah arahan duduk di rumah ketika Beijing mahu menyasarkan sifar kes menjelang Olimpik Musim Sejuk.

Negara itu mengambil pendekatan sifar toleransi terhadap penularan virus sejak ia kali pertama muncul di tengah China dalam 2019, segera mengekangnya penutupan sempadan, perintah berkurung bersasar dan kuarantin ketat.

Meskipun langkah-langkah keras itu memastikan jumlah kes baharu lebih rendah berbanding kebanyakan negara lain, negara itu pada masa ini sedang bergelut dengan jangkitan sproadik di tujuh wilayah.

Kes baharu menyebabkan pegawai mengenakan perintah berkurung ke atas bandar Lanzhou – dengan populasi lebih empat juta dan Ejin di Inner Mongolia.

Selepas mengesahkan satu kes baharu, pihak berkuasa di Heihe di wilayah Heilongjiang menyusuli langkah tersebut hari ini, mengarahkan orang ramai kekal di rumah dan melarang penduduk meninggalkan bandar utara jauh itu kecuali bagi kecemasan, menurut kerajaan tempatan. – AFP