Thursday, April 25, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    China kepung Taiwan

    PINGTAN, 4 OGOS – China melepaskan misil balistik dan mengerahkan jet pejuang serta kapal perang hari ini bagi latihan tentera terbesar pernah diadakannya di sekitar Taiwan, satu pertunjukan kekuatan yang dicetuskan oleh lawatan Speaker Dewan Perwakilan AS, Nancy Pelosi ke pulau itu.

    Pelosi merupakan pegawai AS berprofil tinggi pernah melawat Taiwan dalam masa bertahun-tahun, mengingkari satu siri amaran dari Beijing yang menganggap pulau pentadbiran sendiri itu sebagai wilayahnya.

    Sebagai balasannya, China melancarkan satu siri latihan di pelbagai zon sekitar Taiwan, mengepung sebahagian laluan perkapalan sibuk di dunia dan pada satu masa, hanya 20km jaraknya dari pesisir pantai pulau itu.

    Latihan bermula sekitar jam 12 tengah hari dan membabitkan satu ‘serangan kuasa tembak misil konvensional’ di perairan ke timur Taiwan, kata tentera China.

    Tujuannya adalah untuk menguji ketepatan misil dan keupayaannya untuk menidakkan akses musuh atau kawalan ke atas kawasan itu, menurut jurucakap Eastern Teater Command, Kolonel Kanan Shi Yi dalam satu kenyataan.

    Taiwan dalam pada itu mengatakan tentera China melancarkan beberapa misil balistik kelas Dongfeng dan mengecam latihan sebagai ‘tindakan tidak rasional yang menjejaskan keamanan serantau.’ – AFP

    Imej dari rakaman video oleh penyiar CCTV China menunjukkan peluru pelancar dilepaskan dari sebuah lokasi di China, 4 Ogos. China mengadakan latihan ketenteraan di Teluk Taiwan susulan lawatan Nancy Pelosi kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Presiden Iran rasmi projek hidrokuasa dan pengairan Sri Lanka

    COLOMBO, 24 APRIL — Presiden Iran, Ebrahim Raisi tiba di Sri Lanka hari ini untuk merasmikan projek hidrokuasa dan pengairan yang telah lama tertangguh...