BEIJING, 23 Okt – Pihak berkuasa kastam China hari ini melaporkan bahawa mereka telah mengesan kes virus Zika pertama pada tahun ini terhadap seorang lelaki yang baru-baru ini berkunjung ke Maldives.
Pelancong tersebut menunjukkan simptom termasuk demam dan ruam apabila tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Baiyun pada 19 Oktober di Guangzhou, wilayah Guangdong, Selatan China, menurut Pentadbiran Am Kastam (GAC).
Kakitangan kastam telah mengendalikan pemeriksaan perubatan dan mendapati bahawa beliau positif Zika dua hari kemudian, menurut pengumuman GAC tanpa memberitahu identifikasi pesakit, yang kemudiannya dikuarantin di hospital tempatan.
Zika, virus dari nyamuk, boleh menimbulkan simptom seperti demam, ruam dan artralgia dan ia boleh membunuh. Ia juga dihubungkan dengan keabnormalan otak anak damit belum lahir dan sindrom lumpuh Guillain-Barre.
GAC menyeru orang ramai untuk berjaga-jaga daripada virus Zika apabila ke luar negara dan meminta untuk melaporkan jika para pelancong mula mengalami simptom virus tersebut. Ia juga berikrar untuk meningkatkan langkah bagi memastikan pengesanan awal.
China melaporkan sejumlah 26 kes Zika pada 2016 dan 2017. Ia juga merekodkan tidak ada penularan penyakit di dalam negara. – Xinhua