Saturday, April 20, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    China: Kritikan keahlian WTO tidak berasas

    BEIJING, 17 FEB – Beijing hari ini menolak penilaian Amerika Syarikat (AS) terhadap keahlian China dalam Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO), berkata kritikannya ‘tidak mempunyai asas dalam peraturan ekonomi dan perdagangan antarabangsa.’

    Kritikan daripada kementerian perdagangan itu diumumkan sehari selepas Washington berkata China, 20 tahun selepas menjadi ahli, masih belum menerima peraturan WTO, sambil mengekal dan mengembangkan pendekatan pimpinan kerajaannya sehingga menjejaskan perniagaan dan pekerja di seluruh dunia.

    Laporan tahunan kepada Kongres oleh pejabat Duta Wakil Perdagangan AS, Katherine Tai juga berkata China mempunyai ‘sejarah lama mencabul, tidak menghiraukan dan memintasi peraturan WTO demi mencapai matlamat dasar industrinya.’

    Jurucakap kementerian perdaga-ngan Gao Feng berkata AS melabelkan China sebagai negara bukan berorientasikan pasaran, tetapi menambah ‘kata-kata sedemikian tidak mempunyai asas mengikut peraturan ekonomi dan perdagangan antarabangsa, dan tidak konsisten dengan fakta.’

    Beliau juga menggesa AS supaya memastikan saluran perniagaannya ‘mematuhi peraturan WTO dan bukannya sekadar melancarkan dasar satu pihak, perlindungan dan buli dalam nama menggunakan strategi baharu.’

    Gao berkata China berharap AS akan ‘mengamalkan dasar ekonomi dan perdagangan yang munasabah dan pragmatik terhadap China.’ – AP

    Kontena kapal kelihatan di pelabuhan Terminal Kontena Kwai Tsing di Hong Kong. AS telah menuduh China dalam satu laporan kelmarin kerana gagal memenuhi komitmennya kepada Pertubuhan Perdagangan Sedunia. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...