Saturday, April 20, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    China ‘kurung’ Shanghai secara meluas

    BEIJING, 28 MAC – China hari ini memulakan perintah berkurung koronavirus meluas dalam masa dua tahun untuk menjalankan ujian saringan besar-besaran dan mengawal satu penularan meningkat di Shanghai, ketika persoalan dibangkitkan mengenai impak ekonomi kerana strategi ‘sifar-COVID’ negara itu.

    Shanghai, ibu kota kewangan China dan bandar terbesar dengan 26 juta populasi, berjaya mengawal penularan kecil sebelum ini dengan perintah berkurung terhad di kawasan perumahan dan tempat kerja di mana virus itu merebak.

    Namun perintah berkurung seluruh bandar yang akan dijalankan dalam dua fasa, akan menjadi yang paling meluas sejak penularan di bandar tengah Wuhan, di mana virus itu dikesan lewat 2019, mengurung 11 juta penduduknya di rumah selama 76 hari pada awal 2020. Berjuta-juta lagi sejak itu dikenakan perintah berkurung.

    Daerah kewangan Pudong, Shanghai dan berhampirannya dikenakan perintah berkurung bermula Isnin hingga Jumaat ketika saringan besar-besaran diadakan, menurut kerajaan tempatan. Fasa kedua perintah berkurung dilaksanakan di kawasan barat Sungai Huangpu yang memisahkan bandar akan memulakan perintah berkurung lima hari pada Jumaat ini.

    Penduduk diminta kekal di rumah dan penghantaran akan ditinggalkan di pos pemeriksaan bagi memastikan tiada kontak dengan dunia luar. Pejabat dan semua perniagaan tidak dianggap penting akan ditutup dan pengangkutan awam digantung.

    Dengan kebanyakan penduduk dalam bandar Shanghai sudah pun dikenakan perintah berkurung dalam beberapa minggu lalu, kawasan perumahan mereka ditutup dengan penghadang plastik biru dan kuning serta penduduk diminta menyerahkan ujian COVID berkali-kali.

    Pembelian panik juga dilaporkan pada Ahad, dengan rak-rak di pasar raya kelihatan kosong tanpa makanan, minuman dan barangan rumah. Manakala kakitangan berpakaian hazmat mengawasi pos pemeriksaan.

    Shanghai mengesan 3,500 kes baharu kelmarin, namun daripada jumlah itu, hanya 50 tidak menunjukkan simptom COVID. Meskipun orang tidak bergejala masih boleh menjangkiti yang lain, China mengkategorikan kes seumpamanya berbeza dengan ‘kes disahkan’ – orang yang sakit – membawa kepada jumlah keseluruhan laporan harian lebih rendah. – AP

    Kakitangan berpakaian hazmat menghantar makanan kepada komuniti yang dikenakan perintah berkurung. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...