China lancar Chang’e-5 ke bulan

WENCHANG, CHINA, 24 NOV – Pengembaraan terbaharu China ke bulan merupakan satu lagi kejayaan negara itu di rantau Asia untuk mengembangkan penyelidikan angkasa lepasnya bagi misi mengumpul dan membawa pulang sampel dari bulan.

China menjadi negara ketiga yang menempatkan individu ke orbit satu ketika dahulu dan yang pertama mendarat di permukaan jauh bulan pada tahun 2019. Cita-cita masa depan negara itu juga termasuk stesen angkasa tetap dan membawa individu kembali ke bulan lebih dari 50 tahun selepas Amerika Syarikat (AS).

Meskipun pelancaran roket ke bulan bermula sebelum subuh hari ini, seorang pegawai atasan menyatakan bahawa China tidak bersaing dengan sesiapa pun.

“China akan menetapkan tujuan pengembangannya dalam industri ruang angkasa berdasarkan pertimbangannya sendiri mengenai sains dan teknologi kejuruteraan,” kata Pei Zhaoyu, timbalan pengarah Pusat Penerokaan dan Kejuruteraan Angkasa Bulan di Pentadbiran Angkasa Negara China, kepada wartawan beberapa jam sebelum misi Chang’e 5 dilancarkan. – AP

Roket Long March-5 yang membawa misi Chang’e 5 dilancarkan di Pusat Pelancaran Angkasa Wenchang di Wilayah Hainan, Selatan China, awal pagi kelmarin. – AP