China lancar kempen lindungi panda

DUBAI, 5 OKT – Pavilion China di Ekspo 2020 Dubai pada Khamis melancarkan pameran bertemakan Perlindungan Panda China.

Pameran di tapak seluas 400 meter persegi itu, ia mengetengahkan mengenai perlindungan ekologi China menerusi latihan liar dan pembebasan panda serta pencapaian kajian sains dan kerjasama antarabangsa.

Pada pameran kali ini, pengalaman interaktif realiti maya (VR) turut diketengahkan sebagai  inovasi yang membolehkan pengunjung menyentuh dan memberi makanan kepada panda sambil memakai kaca mata VR.

Aktiviti seperti “2020 ekor panda bawaan udara” dan “flash mob panda” juga akan diadakan selain siaran langsung pada setiap bulan dengan melibatkan enam segmen termasuk kunjungan ke atas anak  panda, panda yang sudah lanjut usia serta panda yang pulang dari luar negara. – Bernama

Orang ramai menyaksikan robot panda di Pavilion China di Ekspo 2020 Dubai pada 3Oktober lalu. – AFP