China lancar latihan tentera

BEIJING, 30 JULAI – Beijing baru-baru ini telah melancarkan latihan tentera laut ‘berintensiti tinggi’ di Laut China Selatan, menurut Kementerian Pertahanan China hari ini, ketika ketegangan memuncak di perairan dipertikaikan itu.

Jet pengebom China H-6G dan H-6J menjalankan ‘latihan serangan berlepas, mendarat, jarak jauh dan sasaran laut,” kata jurucakap Kementerian Pertahanan, Ren Guoqiang semasa sidang media maya hari ini.

Ren berkata latihan itu adalah sebahagian latihan rutin dan ‘mencapai keputusan yang dijangkakan’, tanpa menyebut lokasi tepat. – AFP