Thursday, September 29, 2022
22.6 C
Brunei

China lanjutkan perintah berkurung di Xi’an

-

BEIJING, 28 DIS – China hari ini mengarahkan ratusan ribu penduduk di utara kekal di rumah susulan perintah berkurung dilaksanakan pihak berkuasa bagi mengekang penularan mendadak COVID-19 yang mencapai paras tertinggi dalam masa 21 bulan.

China, di mana virus COVID-19 itu mula menular dua tahun lalu, menggunakan strategi ‘sifar COVID-19’ dengan memperketat sekatan sempadan, kuarantin lebih lama dan melaksanakan perintah berkurung bersasar sebagai persediaan negara itu menerima ribuan pelawat asing sempena Sukan Olimpik musim sejuk pada Februari depan.

Bagaimanapun, pihak berkuasa berdepan ‘kebangkitan semula’ virus tersebut pada beberapa minggu lalu dan merekodkan sebanyak 209 jangkitan hari ini.

Angka itu adalah paling tinggi pernah dikesan sejak Mac tahun lalu, apabila pandemik menular di segenap pelosok pusat bandar Wuhan.

Walaupun berlaku peningkatan mendadak di republik itu, ia dianggap rendah berbanding dengan kes berleluasa di Eropah dan Amerika Syarikat (AS).

Seorang kakitangan menyembur disinfektan di luar sebuah hotel selepas seorang didapati positif COVID-19 di Nanjing, timur wilayah Jiangsu, China. Dengan strategi sifar COVID-19, China turut melanjutkan perintah berkurung di Xi’an yang menyaksikan penularan tertinggi. – AFP

Begitu pun, situasi itu mendorong pihak berkuasa menguatkuasakan apa yang mereka gelar sebagai langkah kekangan ‘lebih ketat’ di utara bandar Xi’an yang memiliki populasi seramai 13 juta orang.

Penduduk di situ sudah menjalani perintah berkurung selama enam hari.

Susulan itu, bandar berdekatan lain seperti Yan’an yang terletak 300 kilometer (km) dari Xi’an hari ini turut mengumumkan penutupan premis perniagaan dan mengarahkan ratusan ribu lagi penduduk kekal di rumah.

Perintah berkurung di Xi’an adalah paling meluas di China selepas Wuhan yang memiliki saiz hampir sama turut dikenakan langkah sama.

Menurut laporan stesen penyiaran CCTV, bandar terbabit menyediakan lebih 4,400 tapak pensampelan dan lebih 100,000 petugas kesihatan telah dikerahkan untuk mengendalikan ujian saringan. – AFP

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Jepun beri penghormatan kepada Abe

TOKYO, 27 SEPT – Rakyat Jepun dan perwakilan asing memberikan penghormatan terakhir kepada bekas perdana menteri Shinzo Abe pada majlis pengebumian negara mengundang kontroversi...

Dibunuh hanya kerana salah eja

- Advertisment -