China lapor 28 kes baharu COVID-19

BEIJING, 20 SEPT – Sebanyak 28 kes baharu COVID-19 dilaporkan di wilayah Fujian membabitkan jangkitan tempatan, menurut Suruhanjaya Kesihatan hari ini.

Sementara itu, sebanyak 21 kes baharu melibatkan kes import, termasuk sembilan di Yunnan, empat di Shanghai, masing-masing dua di Zhejiang, Guangxi dan Sichuan, serta satu kes direkodkan di Fujian dan Shandong.

Tiada kes kematian baharu akibat COVID-19 dilaporkan kelmarin, lapor Agensi Berita Xinhua, memetik kenyataan suruhanjaya itu. – Bernama