China lapor 28 kes import baharu

BEIJING, 10 APRIL – Wilayah Heilongjiang di China, bersempadan dengan Rusia, mencatatkan 28 kes baharu COVID-19 dalam kalangan mereka yang baru pulang dari negara jiran itu, lapor agensi berita Sputnik.

Pada Khamis, Suruhanjaya Kesihatan Wilayah itu melaporkan terdapat 40 kes import baharu.

Virus itu dikesan terhadap 11 pesakit tanpa gejala yang baru tiba dari Rusia.

Setakat ini, wilayah itu mencatatkan 154 kes import dengan 155 lagi kes tanpa gejala.

Menurut statistik rasmi China, kes tanpa gejala disenaraikan secara berasingan dan tidak termasuk dalam jumlah kes disahkan. – Bernama

Pekerja yang memakai baju PPE ketika menunggu pelancong tiba di wilayah Hubei, di stesen kereta api Beijing. – AFP