Wednesday, April 24, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    China lapor kematian pertama COVID selepas lebih setahun

    BEIJING, 20 MAC – Pihak berkuasa China melaporkan dua kematian akibat COVID kelmarin, pertama sejak Januari 2021, ketika negara itu memerangi penularan terburuk dalam masa dua tahun dipacu oleh peningkatan varian Omicron yang mudah berjangkit.

    Angka kematian, kedua-duanya di wilayah Jilin, China membawa jumlah kematian keseluruhan negara itu kepada 4,638. Kedua-dua pesakit merupakan warga emas dan kematian juga disebabkan penyakit sampingan, Jiao Yahui, seorang pegawai di Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan, memberitahu satu sidang media pada Sabtu. Seorang daripadanya belum lagi menerima vaksin COVID, katanya.

    Tiga perempat daripada 2,157 jangkitan baharu dalam komuniti dilaporkan kelmarin adalah dari Jilin.

    Di seluruh negara, China melaporkan lebih daripada 29,000 kes sejak permulaan Mac, termasuk pesakit tanpa simptom.

    Meskipun China cuba meneroka cara melonggarkan respons pandemiknya, ia sudah pun meneruskan dengan dasar cuba dan bezakan antara perintah berkurung serta saringan besar-besaran jutaan penduduk sebagai sebahagian daripada kejayaan, jika bukan membebankan iaitu strategi ‘sifar-COVID’ sejak penularan awal di Wuhan dalam 2019.

    Negara itu menyaksikan jangkitan yang agak rendah bagi koronavirus setakat ini kerana kluster-klusternya dimampatkan segera sebaik sahaja dikesan. Strategi itu menerima sokongan popular dan mencegah sejumlah besar kematian yang dilihat di negara-negara lain, banyak yang sudah mula mengenduurkan sebarang langkah-langkah penjarakan sosial. –AP

    Seorang wanita memakai pelitup muka berjalan melepasi pokok yang berbunga lebat dan mekar, 20 Mac. Pihak berkuasa China melaporkan dua kematian COVID kelmarin, yang pertama sejak Januari 2021, ketika negara itu memerangi penularan terburuk dalam dua tahun akibat varian Omicron. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...