China lapor sifar kes tempatan

BEIJING, 23 OGOS – China melaporkan tidak ada kes koronavirus tempatan baharu hari ini setelah pelaksanaan ujian besar-besaran dan sekatan pergerakan.

Penularan terbaharu yang bermula pertengahan Julai itu dikesan apabila pembersih di lapangan terbang Nanjing diuji positif, adalah yang paling teruk sejak COVID-19 pertama kali muncul di tengah bandar Wuhan.

Lebih 1,000 orang telah dijangkiti di puluhan buah bandar.

Namun pihak berkuasa Komunis bertindak pantas melaksanakan perintah berkurung tempatan, sekatan perjalanan dan ujian besar-besaran kejiranan jangkitan, sebagai sebahagian daripada pendekatan ‘sifar kes’ kepada pandemik, yang hampir-hampir menutup sempadan China namun membolehkan ekonomi melantun semula.

Jangkitan tempatan baharu telah menurun lebih dua minggu.

Hari ini, Data Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan menunjukkan jangkitan tempatan kembali sifar selepas lima minggu berjuang.

Sementara itu, pakar kesihatan cuba untuk meningkatkan keyakinan dalam kempen vaksinasi negara itu dengan ahli virologi Zhong Nanshan berkata ‘imuniti kelompok berkesan’ sedang kelihatan sebaik sahaja lebih 80 peratus penduduk telah divaksinasi – satu sasaran yang kelihatannya dicapai hujung tahun ini.

Vaksin China mempunyai 60 peratus keberkesanan menentang Delta, dengan antibodi meningkat bersama suntikan penggalak (booster), tambahnya. – AFP