China letup empangan lepaskan limpahan air

BEIJING, 19 JULAI – Pihak berkuasa di tengah China meletupkan empangan hari ini untuk melepaskan limpahan air di sebaliknya, di tengah-tengah banjir meluas seluruh negara yang telah mengorbankan puluhan nyawa.

Penyiaran CCTV kerajaan melaporkan empangan di Sungai Chuhe di wilayah Anhui telah dimusnahkan menggunakan bahan letupan awal hari ini, yang mana paras air dijangka menurun sekitar 70sm (lebih dari dua kaki).

Paras air di kebanyakan sungai, termasuk Yangtze, biasanya tinggi tahun ini disebabkan hujan lebat.

Meletupkan empangan dan tebing untuk melepaskan air adalah tindakan ekstrem dilaksanakan semasa banjir terburuk China dalam beberapa tahun kebelakangan pada 1998, apabila lebih 2,000 orang terkorban dan hampir 3 juta rumah dimusnahkan.

Minggu lalu, Three Gorges Dam di Yangtze telah membuka tiga benteng banjir ketika paras air di sebalik empangan itu melebihi 15 meter di atas paras banjir. Kemuncak banjir dijangka akan berlaku di empangan pada Selasa. – AP

Limpahan air dilepaskan dari Three Gorges Dam di Sungai Yangtze dekat Yichang, Wilayah Hubei tengah China pada 17 Julai. – AP