China lulus undang-undang eksport meliputi teknologi

BEIJING, 18 OKT – China meluluskan undang-undang eksport baharu yang lebih ketat dan sensitif bagi melindungi keselamatan negara serta kepentingan negara, semalam.

Undang-undang baharu yang berkuat kuasa pada 1 Disember ini akan membenarkan Beijing ‘mengambil langkah timbal balik’ terhadap mana-mana negara yang menyalahgunakan kawalan eksport dan memberi ancaman kepada keselamatan negara.

Data teknikal yang berkaitan dengan item-item berkenaan juga akan tertakluk kepada kawalan eksport, menurut teks undang-undang yang disiarkan.

Langkah terbaharu Beijing itu memberikan ia banyak ruang untuk membalas balas perang Presiden AS, Donald Trump ke atas firma-firma teknologi China, dengan Rumah Putih ‘menyerang’ platform dan syarikat besar – termasuk aplikasi TikTok dan WeChat, syarikat teknologi Huawei dan pembuat cip Semiconductor Manufacturing International Corp.

Undang-undang baharu itu ‘dirumus untuk melindungi keselamatan dan kepentingan negara’ yang turut menyenaraikan katalog larangan eksport teknologi dan daftar entiti yang tidak diragui berdasarkan kandungannya.

“Jika ada negara atau wilayah yang menyalahgunakan langkah kawalan eksport untuk mengancam keamanan nasional dan kepentingan Republik Rakyat China, (negara itu) dapat mengambil tindakan timbal balik,” memetik undang-undang itu. – AFP