China luluskan undang-undang pelaburan asing

BEIJING, 15 Mac – Parlimen China yang membuat keputusan hari ini meluluskan undang-undang pelaburan asing yang mungkin menjadi tanda ingin berdamai dalam rundingan perdagangan dengan AS tetapi menerima sambutan dingin daripada kumpulan niaga.

Perundangan itu bertujuan menangani kekecewaan berterusan dari firma-firma asing termasuklah perlindungan lebih kukuh bagi harta intelek tetapi dewan perdagangan AS menyuarakan kebimbangan bahawa mereka tidak diberikan masa mencukupi untuk memberikan buah fikiran mereka.

Kongres Kebangsaan Rakyat mengundi 2,929 memihak kepada undang-undang itu dengan lapan menentang dan lapan tidak mengundi, tiga bulan selepas draf pertama diperdebatkan, pengembalian pantas luar biasa bagi badan perundangan yang mengadakan pertemuan sekali setahun.

Langkah itu dibuat ketika para perunding AS dan China mengadakan rundingan rumit bertujuan menyelesaikan perang perdagangan selama berbulan-bulan yang mengenakan perniagaan dengan cukai ke atas AS$360 bilion dalam perdagangan dua hala.

Presiden AS Donald Trump semalam berkata rundingan seharusnya selesai dalam tempoh empat minggu, dengan menambah kata ‘Kami mendapat apa yang mesti kami dapat.”

Presiden China Xi Jinping (tengah), Li Keqiang (R) semasa menghadiri Kongres Kebangsaan Rakyat di Beijing, kelmarin. – AFP

Ketua perundingan perdagangan China, Liu He, mengadakan rundingan melalui telefon dengan Setiausaha Perbendaharaan AS Steven Mnuchin dan Wakil Perdagangan AS Robert Lighthizer, dengan agensi berita rasmi Xinhua menyatakan mereka telah membuat ‘banyak kemajuan’.

Rang undang-undang itu akan menghapuskan keperluan perusahaan asing untuk memindahkan teknologi proprietari kepada rakan kongsi China dan melindungi daripada ‘campur tangan tidak sah kerajaan’ sebagai halangan besar dalam rundingan perdagangan.

Perundangan ini akan berkuatkuasa pada 1 Januari 2020, menurut Xinhua.

“China akan meminda undang-undang harta inteleknya dan memperkenalkan mekanisme ganti rugi punitive untuk memastikan semua perlanggaran akan ditangani dengan serius,” Perdana Menteri China Li Keqiang memberitahu para pemberita pada akhir sesi dua minggu parlimen.

Di bawah perundangan ini, para pelabur asing akan menikmati keistimewaan sama seperti syarikat-syarikat China di kebanyakan sektor, melainkan yang dimasukkan dalam ‘senarai negatif’, menurut para pegawai. – AFP